Follow by email

Tuesday, November 25, 2008

Translation of Azly Rahman's article: "Don't ban it if you don't understand it."

Monday, May 28, 2007

Translated by "Countergrain"

Jangan diharamkan jika tidak memahaminya!

(Terjemahan posting blog Azly Rahman)

Tiada apa lebih menakutkan daripada kejahilan yang aktif – Goethe, Ahli Falsafah Jerman

Kementerian Keselamatan Dalam Negeri telah menafikan bahawa ia merampas 10 naskah buku mengenai Mei 13 hasil Dr Kua Kia Soong dengan alasan tindakan tersebut hanyalah bagi mememeriksa kandungannya semata-mata. Menurut mereka buku-buku akan dipulangkan sekiranya didapati tidak melanggar Akta Mesin Cetak dan Penerbitan (AMCP), 1984.

Petikan berita diatas masih mencerminkan budaya pengharaman buku yang kita amalkan sejak Kemerdekaan. Langkah seperti itu dianggap tidak bijak untuk dimaklumkan kepada ibu bapa dan penuntut sekolah. Apa kata kalau kita sebaliknya menggalakkan anak-anak kita berfikir secara bebas dan lebih banyak membaca? Kenapa perlu menggunakan sekolah bagi mempromosikan mesej kejahilan aktif ini?

Kejahilan Aktif

Dalam sejarah kita, di antara buku paling termasyhur pernah diharamkan ialah buku “Dilema Melayu” yang ditulis oleh seorang doctor perubatan dari Titi Gajah, Kedah. Sipenulis kemudiannya menjadi Perdana Menteri Malaysia ke-4 dan seterusnya berada di pucak pimpinan selama 22 tahun.

Kita mengharamkan buku-buku karya Kassim Ahmad, Othman Ali, Karen Armstrong dan banyak lagi oleh penulis tempatan dan antarabangsa. Rata-rata mereka ini hanya mencadangkan pemikiran baru mengenai masyarakat.

Kita mengharamkan filem yang bermutu mengenai pengalaman awal politik yang bertujuan memperkayakan anak-anak muda dengan perspektif radikal negara ini.

Kita juga mecabar kesahihan hasil penyelidikan saintis social ASLI, Dr. Lim Teck Ghee mengenai Dasar Ekonomi Baru yang dihasilkan secara begitu menyegarkan dan membangun. Menerusi Akta Keselamatan Dalam Negeri kita mempenjarakan ahli-ahli intelek kita – tanpa dibicarakan – tokoh-tokoh seperti Lim Kit Siang, Dr Syed Husin Ali, Kassim Ahmad, Dr. Chandra Muzaffar dan ramai lagi yang memerah keringat dan masa untuk mengemukakan pandangan-pandangan alternatif bagi membina masa depan Malaysia yang lebih positif.

Kita telah membantu mengundi-masuk sebuah kerajaan yang begitu aktif dengan kejahilannya dan hanya berminat memperjuangkan kefahaman pembangunan insan yang mundur. Kita berterusan dalam kancah kehidupan penuh kontradiksi.

Kita lebih suka mengagungkan pemimpin Mat Rempit dan menggalakkan anak-anak muda kita menempek pada kaca TV pelbagai saluran. Program-program tidak bermanfaat seperti Akademi Fantasi dan drama-drama tak berguna yang hanya menarik minat suri-suri rumah diutamakan. Kesemua ini tidak akan menambah nilai intelek negara secara kolektif, tetapi disebaliknya dengan membaca buku-buku yang bermanfaat akan memungkinkanya.

Dalam kita bergerak menuju ke arah menjadi sebuah negara “biotech,” menghantar seorang angkasawan Muslim ke angkasalepas, menggugurkan 10 orang Mat Rempit dari ruang angkasa khutub utara, kita juga mengharamkan sebuah buku yang mungkin dapat menerangkan dengan lebih jelas ketiga-tiga kontradiksi budaya yanag telah disebutkan.

Apa masalahnya dengan kita ni?

Apakah masalah dengan mereka yang berfikir untuk mengharamkan buku tersebut? Apakah mereka tidak boleh membaca, menganalisa dan menulis mengenai kedudukan sebenar berhubung peristiwa 13 Mei, 1969 itu?

Jika seorang anak muda Amerika dalam usia 20an boleh menghasilkan filem dokumentari “Loose Change” sebagai penafian terhadap apa yang diketengahkan sebagai perkspektif rasmi berhubung peristiwa September 11 anjuran pentadbiran Bush, kenapa tidak kerajaan kita melakukan yang sama?

Pemikiran intelektual tahap manakah yang menggerakkan beberapa orang senator menganjur supaya buku tersebut diharamkan? Saya sangkakan para senator adalah seperti tokoh-tokoh falsafah seperti Cicero dan Socrates semasa zaman Rom dan Greek dulu. Saya menyangkakan kita memilih ahli politik yang mungkin mempunyai minda setaraf dengan ahli-ahli fikir terkemuka dunia seperti Kung Fu Tze, Lao Tzu, Krishnamurthi, Zaaba, W.S.Rendra, Syed Hussein Al-Attas dan Jose Rizal.

Apa silapnya dengan negara kita ini? Saya sangkakan kita lebih maju daripada segi mental berbanding beberapa negara yang dirundung peperangan dan dengan begitu mudah membunuh para wartawan dan golongan pemikir berdasarkan “kesalahan” mereka menganjurkan kebenaran. Saya sangkakan tahun 2007 adalah tahun di mana kita telah mengisytiharkan niat untuk menjanakan puluhan ribu pemegang PhD?

Mengapa tidak menggalakkan sesama kita membaca buku tersebut terlebih dahulu dan kemudian membuat sorotan mengenainya? – dengan cara ini kita akan lebih disanjung dan dihormati. Sekiranya penguasaan Bahasa Inggeris seseorang itu lemah, luangkan masa untuk mempelajarinya sebelum memutus untuk terus mencabar ahli-ahli politik dan intelek dalam sebarang perdebatan berhubung konsep moral.

Kuasa yang ditunjukkan oleh para penulis blog menunjukkan bahawa ahli-ahli politik perlu bekerja secara lebih berintelek dalam proses membuat keputusan. Lihat saja berapa banyak kes rasuah yang sedang disiasat dan dibicarakan di sebuah negara kecil seperti Malaysia. Ini telah mengejutkan beberapa orang ahli politik dari tidur mereka dan seterusnya bergegas untuk menjelaskan kenapa mereka perlu bersikap lebih bertanggung-jawab. Kita sebagai rakyat memilih mereka dan kita mahu mereka berkelakuan lebih baik.

Daripada meluangkan berjam-jam di kelab-kelab golf dan sebagainya, apa kata kalau mereka menggunakan masa untuk membaca dan terus membaca bagi meningkatakan keupayaan untuk menganalisa apa jua karya ber-kontroversi yang diterbitkan. Janganlah diharamkan buku 13 Mei jika tidak memahaminya!

Bercakap tentang isu kontroversi

Kita perlu membuang segala sekatan yang melarang kita daripada bercakap tentang isu-isu kontroversi. Kita adalah sebuah negara berintelek yang ingin terus kekal dalam persekitaran sedemikian. Kita perlu nyahkan pemimpin kurang daya intelek yang masih hidup dalam corak pemikiran Mei 13, 1969.

Kita perlu membenarkan seberapa ramai penulis dan cendikia yang mampu menulis analisis isu-isu berkaitan dengan kehidupan kita – daripada peranan parti Komunis dalam perjuangan mereka untuk Kemerdekaan (dalam konteks ideologi mereka) dan sebab-sebab peristiwa Mei 13, 1969 hinggalah kepada pilihanraya kecil di Ijok dan ketidakupayaan kognitif ahli-ahli politik biadab, berpemikiran kotor, bersifat perkauman dan sexist yang terus diberikan kuasa mendefinasikan budaya berparlimen di Malaysia.

Kita tidak seharusnya membiarkan negara yang tercinta ini hanyut terumbang-ambing dalam keadan setengah celik daripada segi ilmu dan intelek dengan cara mengharamkan buku, mengongkong pelajar universiti, menutup mulut para ahli akademik, menjadikan para intelektual seperti penjenayah, melarikan diri daripada dialog antara agama, marah akan hasil penyelidikan berhubung DEB dan banyak lagi.

Kita perlu lebih serius untuk menjadi sebuah negara yang berpemikiran lebih positif dan membangun.

Kita memerlukan barisan pemimpin yang baru bagi menggerakkan kita ke hadapan dan seterusnya membentuk sebuah entiti yang bermoral dan adil untuk semua bangsa. Berhubung buku kontroversi itu, memang sudah sampai masanya kementerian berkenaan membangunkan sebuah laman web untuk mengulas buku-buku daripada menggunakan kuasa mengharamkan apa yang mereka sendiri tidak memahami. Ini dikira sesuatu perlakuan yang lebih dihormati. Tindakan sebegini akan melancarkan kedua-dua kementerian (penerangan dan keselamatan dalam negeri) daripada kepompong pemikiran zaman dinosaur. Dari 1957 kepada 2007.

4 comments:

koolgeek said...

every time an international artist wants to stop by Malaysia, PAS and UMNO will protest on the streets.

koolgeek said...

just look at jakarta and their booming movie and music industry.

they hosts world jazz fest and rock concerts (eg avril). their bands are even adored by our own kids.

something is really wrong with the brains in malaysia.

Dr Y selvaraja said...

Dr Azly Rahman ,penggunaan kata- kata bahasa anda sungguh indah sekali . Saya dapat memahami setiap erti perkataan yang anda kemukakan.Saya juga berharap setiap penulis dapat menerap cara anda menulis .Ayat -ayat anda tidak kompleks dan senang diertikan.Saya juga turut bersetuju dengan mesej yang anda bentangkan di blog anda. Negara kita memerlukan lebih banyak tokoh seperti anda agar cara pemikiran anda dijadikan sebagai pedoman kepada segenap lapisan masyarakat di negara ini .Bersama -sama kita utamakan bahasa malaysia bahasa tercinta negara kita .

ainon mohd said...

Asalamualaikum, Dr. Azly. Moga-moga tuan dan keluarga sihat walafiat dan diberkati.

Alangkah mudah dan lajunya saya membaca pemikiran tuan dalam teks terjemahan Melayunya.

Lecture: Edward Said

Loading...

Lecture: Noam Chomsky

Loading...

Lecture: Jacques Derrida

Loading...

Lecture: Jean Paul Sartre

Loading...

Movie: 1984

Loading...

Movie: Animal Farm

Loading...

Movie: Chicken Run

Loading...

Poems: Rumi

Loading...

Dialogue on Religion: Karen Armstrong

Loading...

Dailogue on Religion: Huston Smith

Loading...

Islam

Loading...

Humanism

Loading...

Jainism

Loading...

Sikkhism

Loading...

Hinduism

Loading...

Bahai

Loading...

Confucianism

Loading...

Taoism

Loading...

The Bhagavad Gita

Loading...

Jesus of Nazareth

Loading...

Siddharta Gautama

Loading...

Prophet Muhammad (Pbuh)

Loading...